Posts

Showing posts from June, 2011

Hari Semalam dan Selsema

Hari ni mengong sikit.Selsema dari semalam.Jangkit dengan hero kot.Aduh..dari pagi tadi asyik bersin jek.Tisu dah penuh satu bakul sampah.Siap warning kat semua orang jangan dekat ..Kang ada yang bagi alasan nak ambik MC..hehehehehe..Ubat pulak tak bawak..tukar beg punya pasal..Ni lah akibatnya kalau beg banyak sangat..sampai lupa beg yang mana untuk yang mana..haahahahha..Takpe, balik kang telan ubat dan rehat sekejap.Dengan izin allah, boleh lah baik. Semalam, Mr. Honey takde.Pergi outstation ke Perak.So kat rumah lah lepak, buat kerja rumah dan layan anak-anak.Boring gak..pasal kadang-kadang Mr. Honey bawak keluar kalau ada kat rumah.Dia pun jenis yang tak suka memerap jek..Hm..anak-anak asyik bertanya mana Mr. Honey pergi..Penat gak jawab..tapi ialah bebudak kan..mana nak cukupnya..Bila Mr. Honey balik je semua pakat-pakat serbu Mr. Honey..hehehehehe... Ni nak share petua untuk ubat selsema..Kang balik saya pun nak cuba.. - 1)Buat air limau nipis campur dgn satu sudu madu- suh

Kereta Kesayangan

Kereta kesayangan saya berwarna silver.Kereta buah hati saya yang dah berumur hampir 5 tahun tersebut amat saya hargai kerana dengan kereta itu lah membawa saya pergi interview, kerja, leisure dengan keluarga dan lain-lain.Walaupun orang kata kereta modified saya tu kereta malaysia murah, saya tak kisah.Murah tak semestinya tak berguna.Murah tak semestinya tak bagus. Apa jadi semalam?Kereta kesayangan saya di pecah masuk oleh penyamun yang bangang.Ni kali yang kedua.Memang professional kerana tak nampak pun kesan kopaknya.Habis duit syiling di sapu.Nasib baik screw driver sport rims saya yang baru dibeli tidak dikebas.Dan lebih bernasib baik, kereta saya tidak  diangkut sama..Kalau tak memang menangis tak berbau.Sampai hati betul lah..Ingat semua orang senang ke?Lagi-lagi nak tengah bulan.Dengan komitment keluarga lagi.Tapi tu lah kan..semua yang terjadi tu kuasa allah.Mungkin ada hikmah disebaliknya.Allah maha besar.Allah tak akan menduga seseorang unless dia pasti sangat bahawa ora

TERATAK ZAFFENDI

Teratak Zaffendi cantuman nama cinta antara saya dan suami.Hadir untuk mewarnai dunia internet yang serba maju dan canggih. Di samping berkongsi cerita, berbual-bual, bertukar fikiran untuk di jadikan panduan.Sungguh excited untuk mendengar pandangan tentang apa saja dalam dunia maya.