Posts

Showing posts from 2011

Hidup Cara Sihat

Image
Korang yang menjaga kesihatan, jaga badan pernah tak terfikir berat korang tu sesuai ke tak dengan ketinggian korang tu.Baru-baru ini Kementerian Kesihatan ada membuat kempen Hidup Cara Sihat.Nak tahu berat badan korang sesuai ke tak tekan sini .Ada ditunjukkan cara yang simple.Test untuk mengetahui berat badan ideal korang. Dalam kempen ini juga disediakan carta piramid makanan yang betul.Jangan main hentam saja.Pemakanan yang betul menjamin kesihatan dalam jangkamasa yang panjang.Ala ramai yang dah tahu tapi buat-buat tak tahu.Teratak pun taknak hipokrit.Kadang-kadang langgar juga.Manusia lah katakan..hehehe..tapi jangan buat selalulah...Meh..singgah tengok carta ini . Anda buat, Anda dapat  :)

Pantang Cara Orang India

Image
Dah tahu pantang orang melayu dan cina kan?Meh kita jengguk pantang orang india pulak.Orang India pantang 30 hari je.Pantang diaorang ni senang sangat..ibu berpantang boleh makan apa sahaja seperti sebelum hamil kecuali buah dan sayur.Ini kerana mereka percaya 2 jenis makanan ini memberikan kesan buruk kepada susu ibu yang bakal diberikan kepada bayi.Selain daripada itu, mereka percaya buah dan sayur boleh mengundang angin dalam badan. Orang india juga percaya dengan amalan memakan jamu.Tapi diaorang ni menggunakan rempah khas india untuk membuatnya.Mereka juga mengamalkan minum minyak yang dibuat daripaada daun semambu.Rasanya pahit tapi berkesan mengeluarkan segala kotoron didalam perut dan mengekalkan kepanasan badan.Minyak semambu ni diminum 4 kali sahaja dalam sebulan.minyak ini juga diggunakan untuk mengurut tubuh ibu yang mengalami ketegangan dan kesakitan.Rambut juga tidak dibenarkan dipotong semasa dlm pantang. Mereka pun seperti orang melayu ada pemakaian bengkung.Tapi ya

Pantang Cara Orang Cina

Image
Eh..jangan tak tahu bangsa cina pun ada pantangnya tau.Persamaan yang ketara ialah pantang makanan "sejuk" dan amalan memakan makanan yang boleh memanaskan badan. Seperti pantang melayu, ibu yang sedang berpantang juga tidak dibenarkan keluar rumah kerana dikuatiri terdedah dengan angin sejuk yang akan memberi penyakit. Bangsa cina amat berpegang dengan "Yin" dan "Yang".Macam kepercayaan feng shui juga lah."Yin" dilihat sebagai pasif, gelap, feminin, sejuk dan negatif."Yang" pula ringan, aktif, maskulin, panas dan positif. Ibu yang bersalin digolongkan dalan golongan "Yin".Untuk mengembalikan keseimbangan "Yin" dan "Yang" badan perlu panas dan elemen sejuk perlu dielakkan.Penyaman udara tidak dibenarkan.hatta kipas pun..Satu lagi yang Teratak rasa mesti rimas ialah mandi tidak dibenarkan sama sekali..pergh..berpeluh, ancem ketiak.hehehhe..Mereka akan menggunakan sejenis bedak untuk membersihkan rambut

Pantang Cara Melayu

Cerita pasal pantang ni, bagi orang yang moden akan anggap renyah, leceh atau susah.Tapi orang dulu tak akan set semua ni kalau takde benefitnya.Semua rawatan lepas bersalin bukan saja hasilnya semasa masih muda tapi juga setelah tua.Kat sini Teratak nak kongsikan 3 jenis pantang.Kita tengok pantang melayu dulu ye.Dalam pantang melayu antara yang penting ialah - 1. Urutan -Untuk melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan.Dimulakan selepas 3 hari bersalin.Berurut selalunya dilakukan waktu pagi.Tidak digalakkan melambatkan berurut kerana badan akan rasa sengal-sengal. 2.   Bertungku - Tujuannya untuk mengeluarkan darah beku, darah kotor, membuang angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan badan dan mengecutkan urat-urat yang kembang.Amalan ini perlu dilakukan selama 45 minit dalam dalam tempoh berpantang. 3.Bertangas -Tujuan membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan system peranakan, memperbetulkan salur peranakan dan menggecutkan rahim.Mesti dilak

Ceciter...

Apa yang teratak suka bercerita kalau jumpa kawan-kawan.Topik utama selain diet dan kecantikan Teratak suka sangat bertukar cerita mengenai anak-anak.Bukan perbandingan ye, tapi tips-tips membesarkan anak-anak.Didik cara yang rasanya bole dikongsi untuk kebaikan bersama.Ada yang bole gunakan cara itu, ada yang tidak jalan, mungkin cara ini berkesan.Rasanya memang takde method yang terbaik tapi tak salah kalau kita mencuba.Mak Teratak pernah cakap, pekerjaan yang paling sulit adalah sebagai seorang emak dan isteri dalam satu masa. Yup..yup..bila Teratak dah besar, dari pemerhatian Teratak walaupun masa itu Teratak belum berkahwin tapi memang benar.Kalau dulu cara memukul mungkin adalah satu satu perkara wajib dalam mendidik anak..tapi sekarang dah tak relevan.Ianya hanya pilihan sekiranya anak tidak boleh atau berkeras tidak mahu mendengar kata. Teratak paling suka peluk dan cium anak setiap hari.Banyak-banyak kali..Bagi mereka rasa diri disayangi.Benda yang mudah tapi Nampak berkesan

Strategi Turun Naik Badan

Teratak faham anda nak kurus..nak diet..tapi anda kena faham strategi nak hadapi turun naik berat dalam diet..Jangan paksa diri, nanti badan yang merana, jiwa tersiksa..Tempoh nak menurunkan badan memang sesuatu yang sukar. Mulakan hari anda dengan susu kocak untuk mengisi perut dan memberikan maklumat perut kenyang kepada otak.Vitamin dan mineral dalam susu kocak adalah satu bonus untuk diri anda. Apabila ada gerak hati nak makan, jangan terus dapatkan, pikirkan benda lain, sibukkan diri atau berikan kunyahan biskut atau buah dlm portion yang kecil.Rasa lapar ini selalunya hadir menganggu diri setiap 15 minit-30 minit.Tetapkan hati, kuatkan azam..anda tentu rasa terbiasa nanti. Jangan lupa minum ye, yang.8 gelas sehari tapi kalau boleh jangan minum minuman yang berkafein atau beralkohol..NO..NO..ini untuk mengurangkan toksin dalam badan. Sekiranya waktu lapar menjelma waktu malam , buat sesuatu aktiviti yang boleh mengalihkan minda daripada makanan..Namun perut ni kadang-kadang

5 Rahsia Kenyang Lebih Lama

Image
Dalam hati nak kurus, ada hati nak diet..Tapi perut asyik lapar je.Apa agaknya yang membuatkan kita cepat terasa lapar ye.Sebenarnya nak diet ni kena juga tengok sebab nyebabnya..jangan main redah je.Nak berbuat sesuatu mesti ada ilmu, kalau tak susah nak menjadi.Meh singgah-singgah, jenggah-jenggah 5 Antara Rahsia Kenyang Lebih Lama :- 1)Elakkan Makanan yang tinggi kandungan energy. -Mengambil makanan yang rendah energy akan memberikan rasa kenyang yang lebih lama.Kebanyakan makanan yang mempunyai kepadatan energy yang tinggi memiliki sejumlah kalori yang kecil.Daun saderi adalah satu satu contoh sumber makanan yang mempunyai kepadatan energy yang rendah. 2)Minum air -Ala..rasanya semua orang dah tahu bahawa minum air sebanyak sekurang-kurangnya 8 gelas /2 liter   sehari akan memberikan maklumat perut sudah kenyang kepada otak.Minum air juga akan mengurangkan nafsu makan.Air putih tidak memiliki kalori.Di sarankan untuk minum air sebelum makan makanan yang berat.Upss..jangan minum a

5 Golongan Yang Menempuh Gagal

Image
Ini article dari Majalah UsahaJaya yang ditulis oleh Dr. Irfan Khairi 5 Golongan Yang Menempuh Gagal 1) Pembuang Masa -Memang favourite antara kita dengan sedar atau tanpa sedar.Mereka ini sering membuang masa padahal bermacam-macam perkara faedah yang boleh dilakukan.Golongan ini suka mencuri tulang ketika bekerja dan melakukan perkara yang tidak berfaedah.Untuk berjaya, fokuskan usaha, tenaga dan masa kita pada perkara yang berfaedah dan memberi pulangan kepada diri kita , keluarga  dan agama. 2)Pemberi Alasan -Golongan ini juga mudah untuk kita sertai.Mereka ini sering kali mudah memberi alasan daripada memikul tanggungjawab.Kunci kejayaan terletak pada pilihan yang kita lakukan.Samada datang lewat untuk kerja, tidak dapat siapkan kerja atau tidak memulakan tanggungjawab, semua adalah pilihan sendiri. 3)Sering Menyalahkan Orang Lain -Golongan ini sering menyalahkan orang atau persekitaran sebagai penyebab tidak berjaya.Untuk berjaya, 100% tanggungjawab perlu dipikul sendi

CHECK AZAM KITA

Image
Dah penghujung bulan October.Lagi 2 bulan sahaja nak hujung tahun. Amacam?Azam semua sudah tercapai..atau hampir-hampir tercapai..Ataupun takde azam.Sebenarnya azam atau impian itu perlu ada dalam diri semua orang..Kenapa?Pasal sekiranya anda ada azam, anda akan  berusaha untuk mencapainya.Apa jadi pada diri kita yang berusaha ini?Akan terjurus lebih positif, lebih bertenaga kerana ada semangat untuk hidup mencapai cita-cita.Ayah Teratak pernah cakap..hidup mesti ada azam, tercapai atau tidak, jangan ambik kira..yang penting usahakan..sekiranya belum berjaya, bawa ke hadapan.Sekiranya sudah berjaya simpan diari hati atau war-warkan pada teman rapat..untuk lebih bersemangat. Tentu puas hati kalau bila kita telek-telek azam atau wishlist kita tu dah tercapai..Mungkin bukan semua tapi ada yang sudah terlaksana..Pergh..can't say the feeling yek..Yang tak tercapai, bawa ke tahun akan datang.Usaha lagi..penat dengar..usaha, usaha, usaha..tapi memang macam tu lah..pepatah melayu "

Alhamdulillah

Dah lama Teratak tak update blog ni.Rasa selalu nak singgah tapi kekangan masa membuatkan asyik miss je..cerita yang rasa nak update pun dah basi..hehehehe... Apa jadik untuk beberapa hari ni.. Pertama, musim peperiksaan.Anak sulung Teratak dah menjalani peperiksaan.Hmm..nampak memberangsangkan resultnya dari sebelum ni.Hm..so sekarang Teratak dah tahu method untuk buat 1st precious daughter belajar.Very proud of Yuyeen..tak sia-sia bersekang mata ajar dia...penat balik kerja.. **** Yang best..alhamdulillah, hubby dpt beberapa project yang menambahkan pendapatan keluarga.Ada buat beberapa web untuk charity yang Zaffendi Qreatife (hubby punya buss) yang Mr. Honey charge amatlah murah.Tegur juga Mr. Honey tak berbaloi tapi Mr. Honey cakap dah ada portion allah tetapkan.Jangan tamak..Yup..yup..betul..Teratak ikut cakap Mr. Honey.Jangan tamak.Pasal tu lah Teratak tak sampai hati nak jual produk Teratak mahal-mahal.Pasal Teratak tahu tak semua yang beli dari Teratak orang yang senan

Apa Ada Dengan Kopi

Image
Hehehe..tajuk hari ni..macam tajuk filem yek.Sebut saja kopi, kebanyakan kita memang suka minum.Rasa, aroma boleh membangkitkan kesegaran minda.Kita selalu baca khasiat kopi apabila diminum.Apa khasiat kopi pada kulit pulak yek.. Antara khasiat : 1)Mampu menanggalkan sel kulit mati sekaligus mmemperbaiki kulit yang rosak. 2)Dapat meneutralkan kulit yang sedang beriritasi sekaligus memberi nutrisi kepada kulit. 3)Menghilangkan bau badan. 4)Mengalakkan pertumbuhan sel kulit baru dan menjaga kelembapan kulit. 5)Mampu menghilangkan selulit jika dilakukan secara kerap. 6)Memperbaiki sistem peredaran darah dan memecahkan lemak di tubuh. 7)Berfungsi sebagai astrigent kerana kandungan PHnya yang sama dengan kulit manusia sehingga mampu mengurangkan dan menghilangkan jerawat ataupun noda di kulit 8)Mempunyai perlindungan dari sinar UVA dan UVB. Teratak gunakan Coffee Scrub with Vitamin E..Lepas skrub badan tu memang terasa badan lembab jek..bau pun sedap.Kalau nak cuba coffe scrub y

DIET-DIET-DIET

Image
Iskh..sepanjang raya ni ramai betul rumah terbuka.Teratak pun ambil kesempatan berkunjung ke rumah kawan-kawan.Macam-macam hidangan ada.Anak-anak pun dapat kenal kawan baru.Seronok walaupun penat nak pergi dari satu rumah ke satu rumah.Ada yang masih kekal dengan hidangan tradisional untuk raya macam lemang, ketupat, ketupat palas, lodeh, kuah kacang dan rendang.Masih ada juga yang masak menu yang lain untuk menjamu kenalan yang datang seperti spaghetti, roti jala, mi goreng, nasi briani, mi sup dan macam lagi.Tapi yang mesti ada ialah kuih raya.Kalau teratak memang carik kuih raya.Suka sangat makan walaupun bukan hari raya..Feel tu lebih sikit kalau ada kuih raya.Ramadhan ada juga niat nak buat kuih raya tapi terbiar je pasal terlalu sibuk dengan kerja dan anak-anak.Apa pun niat ini akan di bawa ke hadapan.hehehehheehe... Okey..sebenarnya nak cerita pasal diet ni .Kerana dah habis round rumah orang beraya dengan rumah terbuka..Teratak nak diet balik.Dah naik 2kg..Satu angkat walaupu

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Semua.Wah semua dah penuh perut tu time raya kan sumbat semua benda.Tapi beraya-beraya juga.Kesihatan juga perlu di jaga.Tak mahu lah nanti..meneruskan raya di hospital pulak..Lepas balik kerja ni sure ramai yang buat rumah terbuka.Hmm..yang bujang tu boleh lah jimatkan duit makan sikit, yang berkeluarga kenal-kenalkan lah en. abang atau puan suri tu kepada kawan-kawan.Mana lah tahu jumpa kat tengah jalan.Bertambahlah kenalan kan?? Teratak balik Perak tahun ni.Ke seremban dulu sebenarnya baru ke Perak.Pergi kubur arwah ayah suami tapi Teratak tak dapat turun kerana menjaga 4 orang tentera yang ya allah ..lasaknya.Takut pulak diaorang berlari di atas kubur dan menganggu orang yang sedang menziarahi kubur sedara mara mereka. 1 Syawal ini juga bersemaan dengan 30hb Ogos.Harijadi Teratak.Bestkan.Semua adik beradik pakat wish dalam telefon dan FB..waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...Bukan turn Teratak lah nak balik my side..Apa-apa pun buat semua Selamat Hari Raya.

Hari Semalam dan Selsema

Hari ni mengong sikit.Selsema dari semalam.Jangkit dengan hero kot.Aduh..dari pagi tadi asyik bersin jek.Tisu dah penuh satu bakul sampah.Siap warning kat semua orang jangan dekat ..Kang ada yang bagi alasan nak ambik MC..hehehehehe..Ubat pulak tak bawak..tukar beg punya pasal..Ni lah akibatnya kalau beg banyak sangat..sampai lupa beg yang mana untuk yang mana..haahahahha..Takpe, balik kang telan ubat dan rehat sekejap.Dengan izin allah, boleh lah baik. Semalam, Mr. Honey takde.Pergi outstation ke Perak.So kat rumah lah lepak, buat kerja rumah dan layan anak-anak.Boring gak..pasal kadang-kadang Mr. Honey bawak keluar kalau ada kat rumah.Dia pun jenis yang tak suka memerap jek..Hm..anak-anak asyik bertanya mana Mr. Honey pergi..Penat gak jawab..tapi ialah bebudak kan..mana nak cukupnya..Bila Mr. Honey balik je semua pakat-pakat serbu Mr. Honey..hehehehehe... Ni nak share petua untuk ubat selsema..Kang balik saya pun nak cuba.. - 1)Buat air limau nipis campur dgn satu sudu madu- suh