Pantang Cara Melayu
Cerita pasal pantang ni, bagi orang yang moden akan anggap renyah, leceh atau susah.Tapi orang dulu tak akan set semua ni kalau takde benefitnya.Semua rawatan lepas bersalin bukan saja hasilnya semasa masih muda tapi juga setelah tua.Kat sini Teratak nak kongsikan 3 jenis pantang.Kita tengok pantang melayu dulu ye.Dalam pantang melayu antara yang penting ialah - 1. Urutan -Untuk melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan.Dimulakan selepas 3 hari bersalin.Berurut selalunya dilakukan waktu pagi.Tidak digalakkan melambatkan berurut kerana badan akan rasa sengal-sengal. 2. Bertungku - Tujuannya untuk mengeluarkan darah beku, darah kotor, membuang angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan badan dan mengecutkan urat-urat yang kembang.Amalan ini perlu dilakukan selama 45 minit dalam dalam tempoh berpantang. 3.Bertangas -Tujuan membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan system peranakan, memperbetulkan salur peranakan dan menggecutkan rahim.Mesti d...