Pantang Cara Melayu



Cerita pasal pantang ni, bagi orang yang moden akan anggap renyah, leceh atau susah.Tapi orang dulu tak akan set semua ni kalau takde benefitnya.Semua rawatan lepas bersalin bukan saja hasilnya semasa masih muda tapi juga setelah tua.Kat sini Teratak nak kongsikan 3 jenis pantang.Kita tengok pantang melayu dulu ye.Dalam pantang melayu antara yang penting
ialah -

1. Urutan
-Untuk melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan.Dimulakan selepas 3 hari bersalin.Berurut selalunya dilakukan waktu pagi.Tidak digalakkan melambatkan berurut kerana badan akan rasa sengal-sengal.

2.  Bertungku
- Tujuannya untuk mengeluarkan darah beku, darah kotor, membuang angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan badan dan mengecutkan urat-urat yang kembang.Amalan ini perlu dilakukan selama 45 minit dalam dalam tempoh berpantang.

3.Bertangas
-Tujuan membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan system peranakan, memperbetulkan salur peranakan dan menggecutkan rahim.Mesti dilakukan selama setengah jam setiap hari.

4. Berbengkung
-Antara yang paling penting.Tujuan berbengkung untuk menaikkan peranakan, mengelakkan perut buncit dan membentuk badan semula.

5.Mandi rempah ratus
-Mengunakan air rebusan akar kayu atau daunan.Tujuan untuk mengeluarkan angin dan menghaluskan kulit.Antara daun yang digunakan ialah jambu batu, lengkuas merah,pandan, serai wangi, halia bara dan temu lawak.Boleh juga diselang seli dengan mandi bunga.

6.Memakai param dan pilis
-Param bertujuan untuk mengelakkan pening dan mata rabun.Manakala pilis untuk menghaluskan kulit dan menghindarkan angin.

7.Minum jamu
- Bertujuan untuk memanaskan badan.jamu juga bertujuan mempercepatkan pengecutan jamu, mengetatkan vagina,melawaskan buang air besar dan menghindarkan keputihan.

Jangan lupa berpantang..Jangan culas.Nak cantikkan??

Comments

hyz said…
zaman skg ni susah nak jumpa org muda buat pantang cara lama....
tak banyak sy buat ms berpantang dulu. Just amik yg basic2 jer.. mcm urut, main daun2 herba.. tu jer. bertungku pn guna tungku moden jer
Hyz..memanglah..psl bagi org muda terlalu leceh..

Pn Lekit - asal buat.psl kesannya bila dah tua nanti baru terasa..

Popular posts from this blog

Pantang Cara Orang Cina

KELEBIHAN SHAKLEE VITAMIN E

15 Perkara Tentang Lelaki