Posts

Showing posts from September, 2011

DIET-DIET-DIET

Image
Iskh..sepanjang raya ni ramai betul rumah terbuka.Teratak pun ambil kesempatan berkunjung ke rumah kawan-kawan.Macam-macam hidangan ada.Anak-anak pun dapat kenal kawan baru.Seronok walaupun penat nak pergi dari satu rumah ke satu rumah.Ada yang masih kekal dengan hidangan tradisional untuk raya macam lemang, ketupat, ketupat palas, lodeh, kuah kacang dan rendang.Masih ada juga yang masak menu yang lain untuk menjamu kenalan yang datang seperti spaghetti, roti jala, mi goreng, nasi briani, mi sup dan macam lagi.Tapi yang mesti ada ialah kuih raya.Kalau teratak memang carik kuih raya.Suka sangat makan walaupun bukan hari raya..Feel tu lebih sikit kalau ada kuih raya.Ramadhan ada juga niat nak buat kuih raya tapi terbiar je pasal terlalu sibuk dengan kerja dan anak-anak.Apa pun niat ini akan di bawa ke hadapan.hehehehheehe... Okey..sebenarnya nak cerita pasal diet ni .Kerana dah habis round rumah orang beraya dengan rumah terbuka..Teratak nak diet balik.Dah naik 2kg..Satu angkat walaupu

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Semua.Wah semua dah penuh perut tu time raya kan sumbat semua benda.Tapi beraya-beraya juga.Kesihatan juga perlu di jaga.Tak mahu lah nanti..meneruskan raya di hospital pulak..Lepas balik kerja ni sure ramai yang buat rumah terbuka.Hmm..yang bujang tu boleh lah jimatkan duit makan sikit, yang berkeluarga kenal-kenalkan lah en. abang atau puan suri tu kepada kawan-kawan.Mana lah tahu jumpa kat tengah jalan.Bertambahlah kenalan kan?? Teratak balik Perak tahun ni.Ke seremban dulu sebenarnya baru ke Perak.Pergi kubur arwah ayah suami tapi Teratak tak dapat turun kerana menjaga 4 orang tentera yang ya allah ..lasaknya.Takut pulak diaorang berlari di atas kubur dan menganggu orang yang sedang menziarahi kubur sedara mara mereka. 1 Syawal ini juga bersemaan dengan 30hb Ogos.Harijadi Teratak.Bestkan.Semua adik beradik pakat wish dalam telefon dan FB..waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...Bukan turn Teratak lah nak balik my side..Apa-apa pun buat semua Selamat Hari Raya.