Posts

Showing posts from September, 2014

PENGALAMAN PENYUSUAN

Image
Peluang menyusukan anak adalah satu anugerah yang sangat indah kurniaan allah..Menyusukan ke empat-empat anak sekurang-kurangnya setahun lebih, satu kepuasaan tidak dapat di bayangkan atau diucapkan dengan kata-kata. Sejak anak pertama dalam pelukan, memang diri telah berniat untuk memberikan penyusuan secara exclusive. Pelbagai buku penyususan dibeli, majalah Pa & Ma teman setiap setiap kali keluaran...  Tapi menyusukan anak memang satu cabaran dari segi mental dan fizikal.Kenapa mental? Penat mental, bila susu tidak ada, tidak mahu keluar ataupun kurang.Anak tidak mahu menyusu atau tidak tahu cara menyusu pun satu kepenatan mental.Fizikal yang penat kerana perlu memerah susu, untuk memastikan stok sentiasa cukup, penat bangun malam bagi penyusuan secara kerap terutama bayi dan segala macamnya.. Patutlah ramai ibu-ibu dalam forum menasihati, kena ada sokongan orang sekeliling untuk memastikan penyusuan berjaya.Siapa?Suami, ibu, bapa, ibu mertua, bapa mertua, adik beradik, ra