Posts

Showing posts from April, 2012

Nyum..nyum betik

Image
Salam Greeting Betik, buah tropikal yang banyak khasiatnya..Melambak-lambak kat mana-mana nak beli.Harga murah tak setanding dengan khasiatnya yang pergh...selain menyihatkan.Betik hanya mempunyai 0.01% lemak sekiranya dimakan begitu sahaja. Jom tengok khasiat betik :- a)Menyihatkan paru-paru Warna isi betik yang oren kemerahan menandakan buah ini kaya dengan karotenaid yang berfungsi sebagai bahan kimia nutrisi penting untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru. b)Menguatkan sistem imunisasi badan Betik kaya dengan vitamin A dan C yang penting untuk mengekalkan fungsi sistem imunisasi c)Sangat baik untuk jantung Kobinasi Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E merupakan antioksida yang sangat berkuasa  untuk mengoksidakan kolesterol.Apabila kolesterol dioksidakan , ia akan melekat di dinding pembuluh darah.Berfungsi menghalang pembentukan plak berbahaya yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.Selain daripada itu, betik sarat dengan serat.Dan pengambilan serat dalam