Posts

Showing posts with the label pantang

Pantang Cara Orang India

Image
Dah tahu pantang orang melayu dan cina kan?Meh kita jengguk pantang orang india pulak.Orang India pantang 30 hari je.Pantang diaorang ni senang sangat..ibu berpantang boleh makan apa sahaja seperti sebelum hamil kecuali buah dan sayur.Ini kerana mereka percaya 2 jenis makanan ini memberikan kesan buruk kepada susu ibu yang bakal diberikan kepada bayi.Selain daripada itu, mereka percaya buah dan sayur boleh mengundang angin dalam badan. Orang india juga percaya dengan amalan memakan jamu.Tapi diaorang ni menggunakan rempah khas india untuk membuatnya.Mereka juga mengamalkan minum minyak yang dibuat daripaada daun semambu.Rasanya pahit tapi berkesan mengeluarkan segala kotoron didalam perut dan mengekalkan kepanasan badan.Minyak semambu ni diminum 4 kali sahaja dalam sebulan.minyak ini juga diggunakan untuk mengurut tubuh ibu yang mengalami ketegangan dan kesakitan.Rambut juga tidak dibenarkan dipotong semasa dlm pantang. Mereka pun seperti orang melayu ada pemakaian bengkung.Tapi ya...

Pantang Cara Orang Cina

Image
Eh..jangan tak tahu bangsa cina pun ada pantangnya tau.Persamaan yang ketara ialah pantang makanan "sejuk" dan amalan memakan makanan yang boleh memanaskan badan. Seperti pantang melayu, ibu yang sedang berpantang juga tidak dibenarkan keluar rumah kerana dikuatiri terdedah dengan angin sejuk yang akan memberi penyakit. Bangsa cina amat berpegang dengan "Yin" dan "Yang".Macam kepercayaan feng shui juga lah."Yin" dilihat sebagai pasif, gelap, feminin, sejuk dan negatif."Yang" pula ringan, aktif, maskulin, panas dan positif. Ibu yang bersalin digolongkan dalan golongan "Yin".Untuk mengembalikan keseimbangan "Yin" dan "Yang" badan perlu panas dan elemen sejuk perlu dielakkan.Penyaman udara tidak dibenarkan.hatta kipas pun..Satu lagi yang Teratak rasa mesti rimas ialah mandi tidak dibenarkan sama sekali..pergh..berpeluh, ancem ketiak.hehehhe..Mereka akan menggunakan sejenis bedak untuk membersihkan rambut...

Pantang Cara Melayu

Cerita pasal pantang ni, bagi orang yang moden akan anggap renyah, leceh atau susah.Tapi orang dulu tak akan set semua ni kalau takde benefitnya.Semua rawatan lepas bersalin bukan saja hasilnya semasa masih muda tapi juga setelah tua.Kat sini Teratak nak kongsikan 3 jenis pantang.Kita tengok pantang melayu dulu ye.Dalam pantang melayu antara yang penting ialah - 1. Urutan -Untuk melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan.Dimulakan selepas 3 hari bersalin.Berurut selalunya dilakukan waktu pagi.Tidak digalakkan melambatkan berurut kerana badan akan rasa sengal-sengal. 2.   Bertungku - Tujuannya untuk mengeluarkan darah beku, darah kotor, membuang angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan badan dan mengecutkan urat-urat yang kembang.Amalan ini perlu dilakukan selama 45 minit dalam dalam tempoh berpantang. 3.Bertangas -Tujuan membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan system peranakan, memperbetulkan salur peranakan dan menggecutkan rahim.Mesti d...