Pantang Cara Orang India

Dah tahu pantang orang melayu dan cina kan?Meh kita jengguk pantang orang india pulak.Orang India pantang 30 hari je.Pantang diaorang ni senang sangat..ibu berpantang boleh makan apa sahaja seperti sebelum hamil kecuali buah dan sayur.Ini kerana mereka percaya 2 jenis makanan ini memberikan kesan buruk kepada susu ibu yang bakal diberikan kepada bayi.Selain daripada itu, mereka percaya buah dan sayur boleh mengundang angin dalam badan.

Orang india juga percaya dengan amalan memakan jamu.Tapi diaorang ni menggunakan rempah khas india untuk membuatnya.Mereka juga mengamalkan minum minyak yang dibuat daripaada daun semambu.Rasanya pahit tapi berkesan mengeluarkan segala kotoron didalam perut dan mengekalkan kepanasan badan.Minyak semambu ni diminum 4 kali sahaja dalam sebulan.minyak ini juga diggunakan untuk mengurut tubuh ibu yang mengalami ketegangan dan kesakitan.Rambut juga tidak dibenarkan dipotong semasa dlm pantang.

Mereka pun seperti orang melayu ada pemakaian bengkung.Tapi yang uniknya mereka guna sari untuk dijadikan benkung.Tapi itu dulu lah.Rasanya zaman moden ni diaorang guna corset je kot.Tak pun bengkung moden.Bengkung ni hanya boleh dibuka ketika mandi je.

Selepas pantang 30 hari, ibu akan dimandikan dgn mandian herba.Ini bertujuan untuk memberi kesegaran kepada tubuh ibu.Kenduri kecil-kecilan dilakukan untuk menyambut si bayi.Nama juga akan diberi pada waktu itu.

Comments

Popular posts from this blog

Pantang Cara Orang Cina

KELEBIHAN SHAKLEE VITAMIN E

15 Perkara Tentang Lelaki