Posts

Showing posts from November, 2011

Ceciter...

Apa yang teratak suka bercerita kalau jumpa kawan-kawan.Topik utama selain diet dan kecantikan Teratak suka sangat bertukar cerita mengenai anak-anak.Bukan perbandingan ye, tapi tips-tips membesarkan anak-anak.Didik cara yang rasanya bole dikongsi untuk kebaikan bersama.Ada yang bole gunakan cara itu, ada yang tidak jalan, mungkin cara ini berkesan.Rasanya memang takde method yang terbaik tapi tak salah kalau kita mencuba.Mak Teratak pernah cakap, pekerjaan yang paling sulit adalah sebagai seorang emak dan isteri dalam satu masa. Yup..yup..bila Teratak dah besar, dari pemerhatian Teratak walaupun masa itu Teratak belum berkahwin tapi memang benar.Kalau dulu cara memukul mungkin adalah satu satu perkara wajib dalam mendidik anak..tapi sekarang dah tak relevan.Ianya hanya pilihan sekiranya anak tidak boleh atau berkeras tidak mahu mendengar kata. Teratak paling suka peluk dan cium anak setiap hari.Banyak-banyak kali..Bagi mereka rasa diri disayangi.Benda yang mudah tapi Nampak berkesan

Strategi Turun Naik Badan

Teratak faham anda nak kurus..nak diet..tapi anda kena faham strategi nak hadapi turun naik berat dalam diet..Jangan paksa diri, nanti badan yang merana, jiwa tersiksa..Tempoh nak menurunkan badan memang sesuatu yang sukar. Mulakan hari anda dengan susu kocak untuk mengisi perut dan memberikan maklumat perut kenyang kepada otak.Vitamin dan mineral dalam susu kocak adalah satu bonus untuk diri anda. Apabila ada gerak hati nak makan, jangan terus dapatkan, pikirkan benda lain, sibukkan diri atau berikan kunyahan biskut atau buah dlm portion yang kecil.Rasa lapar ini selalunya hadir menganggu diri setiap 15 minit-30 minit.Tetapkan hati, kuatkan azam..anda tentu rasa terbiasa nanti. Jangan lupa minum ye, yang.8 gelas sehari tapi kalau boleh jangan minum minuman yang berkafein atau beralkohol..NO..NO..ini untuk mengurangkan toksin dalam badan. Sekiranya waktu lapar menjelma waktu malam , buat sesuatu aktiviti yang boleh mengalihkan minda daripada makanan..Namun perut ni kadang-kadang

5 Rahsia Kenyang Lebih Lama

Image
Dalam hati nak kurus, ada hati nak diet..Tapi perut asyik lapar je.Apa agaknya yang membuatkan kita cepat terasa lapar ye.Sebenarnya nak diet ni kena juga tengok sebab nyebabnya..jangan main redah je.Nak berbuat sesuatu mesti ada ilmu, kalau tak susah nak menjadi.Meh singgah-singgah, jenggah-jenggah 5 Antara Rahsia Kenyang Lebih Lama :- 1)Elakkan Makanan yang tinggi kandungan energy. -Mengambil makanan yang rendah energy akan memberikan rasa kenyang yang lebih lama.Kebanyakan makanan yang mempunyai kepadatan energy yang tinggi memiliki sejumlah kalori yang kecil.Daun saderi adalah satu satu contoh sumber makanan yang mempunyai kepadatan energy yang rendah. 2)Minum air -Ala..rasanya semua orang dah tahu bahawa minum air sebanyak sekurang-kurangnya 8 gelas /2 liter   sehari akan memberikan maklumat perut sudah kenyang kepada otak.Minum air juga akan mengurangkan nafsu makan.Air putih tidak memiliki kalori.Di sarankan untuk minum air sebelum makan makanan yang berat.Upss..jangan minum a