5 Rahsia Kenyang Lebih Lama
Dalam hati nak kurus, ada hati nak diet..Tapi perut asyik lapar je.Apa agaknya yang membuatkan kita cepat terasa lapar ye.Sebenarnya nak diet ni kena juga tengok sebab nyebabnya..jangan main redah je.Nak berbuat sesuatu mesti ada ilmu, kalau tak susah nak menjadi.Meh singgah-singgah, jenggah-jenggah 5 Antara Rahsia Kenyang Lebih Lama :-
1)Elakkan Makanan yang tinggi kandungan energy.
-Mengambil makanan yang rendah energy akan memberikan rasa kenyang yang lebih lama.Kebanyakan makanan yang mempunyai kepadatan energy yang tinggi memiliki sejumlah kalori yang kecil.Daun saderi adalah satu satu contoh sumber makanan yang mempunyai kepadatan energy yang rendah.
2)Minum air
-Ala..rasanya semua orang dah tahu bahawa minum air sebanyak sekurang-kurangnya 8 gelas /2 liter sehari akan memberikan maklumat perut sudah kenyang kepada otak.Minum air juga akan mengurangkan nafsu makan.Air putih tidak memiliki kalori.Di sarankan untuk minum air sebelum makan makanan yang berat.Upss..jangan minum air berselang makan untuk mengelakkan perut buncit kerana ini menyebabkan sistem penghadaman lambat bekerja (ikkh..sistem penghadaman pun kerja ek..hehehe).
3)Makan dengan perlahan
-Nikmatilah makanan anda.Enjoy rasa sedapnya, manisnya, masinnya..pergh..hahahhaha..tapi betul lah . Takyahlah gelojoh sangat makan..Nak cepat..Makan perlahan akan mengurangkan diri dari memikirkan makanan lain.Dan otak jugak dapat menangkap signal dari perut yang betul samada anda kenyang atau masih perlu disumbat lagi.Tips..gunakan pinggan yg kecik untuk makan bagi memberi ilustrasi pinggan penuh..hehehehehe..
4)Makan Makanan berprotein tinggi
-Mengambil makanan yang mengandungi protein yang tinggi akan meningkatkan rasa kenyang.Antara makanan tinggi protein ialah ayam dan ikan.Daging mempunyai lemak yang tinggi jadi perlu dielakkan makan daging.Mungkin seminggu sekali sudah cukup.
5)Makanan sayuran
- Rasanya ramai yang tak suka makan sayuran.Tapi sayuran kalau di makan begitu sahaja tanpa nasi boleh memberikan rasa kenyang.Tak caya?cuba lah.Orang yang suka makan sayur juga tend to be awet muda..Taknak awet muda ke?Orang tengok manis sahaja..hahahhaha..Lagipun kalau ikut kajian pun kita kena ambil antara 4 – 5 sajian sayuran setiap hari untuk memenuhi keperluan zat tubuh badan.
So apa lagi, ikut tips ini.Nak cantikkan?Lelaki ke perempuan ke..kena ingat ye..cantik dan sihat untuk diri sendiri..supaya kita senang nak beribadat..rasa yakin mengadapNYA..rasa lebih manis dan nikmatnya…Lepas tu barulah cantik untuk boyfriend ke, suami ke, apa-apa je key..
Rujukan article : Majalah Mingguan Wanita – Kelab Diet Kelolaan : Khairun Nisa Ishak.. J

Comments