Nyum..nyum betik

Salam
Greeting

Betik, buah tropikal yang banyak khasiatnya..Melambak-lambak kat mana-mana nak beli.Harga murah tak setanding dengan khasiatnya yang pergh...selain menyihatkan.Betik hanya mempunyai 0.01% lemak sekiranya dimakan begitu sahaja.

Jom tengok khasiat betik :-

a)Menyihatkan paru-paru
Warna isi betik yang oren kemerahan menandakan buah ini kaya dengan karotenaid yang berfungsi sebagai bahan kimia nutrisi penting untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru.

b)Menguatkan sistem imunisasi badan
Betik kaya dengan vitamin A dan C yang penting untuk mengekalkan fungsi sistem imunisasi

c)Sangat baik untuk jantung
Kobinasi Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E merupakan antioksida yang sangat berkuasa  untuk mengoksidakan kolesterol.Apabila kolesterol dioksidakan , ia akan melekat di dinding pembuluh darah.Berfungsi menghalang pembentukan plak berbahaya yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.Selain daripada itu, betik sarat dengan serat.Dan pengambilan serat dalam diet harian telah terbukti dapat menurunkan paras kolesterol yang tinggi.

d)Mencegah kanser usus
Serat betik boleh mengikat toksin penyebab kanser di dalam usus dan menjauhkannya dari sel-sel usus yang sihat.Individu-individu yang berisiko di galakkan menambahkan hidangan betik dalam diet seharian mereka.

e)Menghapuskan cacing
Terpikir tak macam mana org dulu mengatasi masalah cacing ni pada anak-anak.Haa..dengan betiklah.Betik ni ada satu enzim pencernaan yang di panggil papain.Papain ini bersifat anthelmintic sejenis penghapus cacing bulat.Biji betik yang mengandunggi caricin dan daun betik yangg mengandungi alkaloid karpain yang juga bersifat sebagai penghapus cacing di dalam usus.

f)Merawat Gastrik
Paparin di dalam betik muda sangat bermanfaat bagi menggatasi kekurangan jus gastrik dan mukus yang tidak menyihatkan, dispepsia dan iritasi usus.Betik yang ranum jika dimakan secara kerap, mampu mengatasi sembelit, pendarahan buasir dan cirit birit kronik.

g)Mencantikkan kulit
Jus betik muda berguna merawat bahagian kulit yang bernanah, berjerawat, berkutil, berketuat dan jeragat.Caranya, betik yang telah masak dijadikan mask ke muka dengan cara kerap selama 30 minits.Lepas tu basuh bersih.


Amacam?paberet sapa betik ni???

Comments

noraini said…
baru tau kebaikan buah betik. . t.q.
ayie said…
semalam baru makan betik..sedap

Popular posts from this blog

Pantang Cara Orang Cina

KELEBIHAN SHAKLEE VITAMIN E

15 Perkara Tentang Lelaki