Khasiat Sayur Hijau

kalau cite pasal sayur-sayuran nikan boleh di katakan 7 out of 10 person memang tak suka makan sayur terutama sayur berwarna hijau..And golongan yang paling trak suka makan sayur ialah lelaki.Tapikan dear, sayuran hijau ni banyak khasiat..Meh jenggah sini
1) Kucai
-Ada orang suka buat jemput-jemput campur daun kucai.Ada yang suka uccampur dalam sup atau bubur.Kucai mengandungi Vitamin B dan C dan komponen belerang.Khasiat yang terdapat dlm kucai ialah dapat mengubati penyakit seperti sengggugut, keputihan, darah tinggi, sembelit dan melancarkan pengedaran darah.Bagi ibu yang menyusu, kucai boleh memperbanyakkan pengeluaran air susu badan.

2) Kacang Buncis
- Amat kaya dengan protein, zat besi dan vitamin.Membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah.

3)Brokoli
- Brokoli ni sedap kalau masak sayur campur.Ada orang pangggil sayur orang kaya...hehehehe..Mengandungi vitamin C,A,E,C karotenoid dan asid folat.Antara khasiat melambatkan penuaan kulit..awet muda tu..dan mencegah sembelit.

4)Sawi
-Kaya dengan Vitamin A,B,B2,B6, zat besi dan protein.sawi boleh mencegah hipertansi dan anemia bagi ibu hamil serta melancarkan pencernaan.Juga untuk menambahkan pengeluaran susu badan.

5)Bayam
-Bayam ni sekiranya you orang ada baby or anak kecik, blender atau campurkan dalam bubur.campur kismis dan susu atau salah satu.Bayam bagus untuk pertumbuhan otak bayi dan kanak-kanak.ini kerana bayam kaya dengan zat besi, Vitamin A,C dan E.Selain itu bayam bagus untu ibu mengandung atau orang dewasa yang perlu menambah tenaga dan darah.

6)Peria
- Ugh..Semua tahu perit ni terkenal dengan kepahitannya.Petua nak hilangkan kepahitan senang je, lepas potong ikut size yang  nak..lepas tu rendam dengan air garam dalam setengah jam sebelum masak.Peria ni kaya dengan insulin.Boleh dijadikan penawar kencing manis, menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing.

7)Pegaga
-This one is my faberet.Kaya dengan Vitamin a, C dan zat besi.Selain bagus untuk kecerdasan terutamanya kanak-kanak, ianya juga penawar untuk luka dalaman dan luaran.Terutama yang baru lepas bersalin tu kan..And yang paling penting..awet muda...korang taknak ke??

8)Seleri
-Mengandungi zat besi, fosforus, sodium, potsium, karotin, vitamin A, B-Kompleks, magnesium dan Vitamin C.Membantu mencegah tekanan darah tinggi dan mengubat keracunan yang berpunca daripada bakteria..Sedap kalau masukkan dalam sup.

9)Daun salad
-Selalunya kalau nasi ayam mesti ada daun saladkan??Tapi selalunya orang pandang sepi je..letak kagt tepi pinggan.Tau tak, daun salad ni kaya dengan zat besi,kalsium, fosforus, Vitamin A dan C, magnesium dan zink.Bertindak mengrembiskan hormon yang menyebabkan otak kita tenang.Selain itu, ianya melancarkan sistem penafasan.

10)Asparagus
-Ada orang gelar sayur orang kaya.hmm..mcm mana masaknye yek..sesapa ada resepi meh kongsi kat komen bwh ye..boleh cuba sesama..eh..back to asparagus ni..kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, Vitamin A dan niasin.Berkhasiat untuk mengatasi masalah kulit seperti jerawat dan ekzema.Ia juga mengandunggi unsur baik untuk kelenjar tiroid, pineal dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.

So, apa lagi?meh makan sayur..Taknak awet muda ke..ala satu hidangan dalam satu hari pun jadiklah for starter..  :)

Comments

nia marlissa said…
sayur kucai mcm mne ?
sayur kucai tu mcm daun bawang tapi lebih kecik..
nini said…
ah saya tak suka peria.....pahittttttt
pahit lah tu ubat, yunk oiii..hhehhehehehe...

Popular posts from this blog

Pantang Cara Orang Cina

KELEBIHAN SHAKLEE VITAMIN E

15 Perkara Tentang Lelaki