PANDUAN PEMBELAJARAN MUDAH
Salam
Greeting
Kerisauan mengenai anak kesayangan saya, Amanda dalam mengajar dia membaca, saya terjumpa artikel dan tips yang diberi oleh Norhasliza Yusoff dalam majalah PA & MA.
Menurut beliau, secara umumnya setiap kanak-kanak mempunyai tahap pemikiran yang berbeza mengikut umur.Jom tengok tips-tips yang boleh di aplikasikan untuk anak.Antaranya ;
~ Kanak-kanak hanya mampu memberikan tumpuan dalam jangkamasa yang pendek.Selang-selikan sesi pembelajaran dengan aktiviti seperti bercerita atau melukis.
~Lakukan pengulangan supaya pembelajaran yang di ajar di ingati dengan mudah.Biarkan mengulang aktiviti, tajuk atau set perkataan.Di samping itu, penyediaan kerja rumah dapat membantu anak anda mempelajari pembelajaran dengan cepat.Wujudkan jadualn waktu supaya ia dapat dilakukan secara konsisten.
~Kenali personality kanak-kanak tersebut.Samada jenis pemalu, pendiam atau peramah.Ini perlu untuk memilih pendekatan pembelajaran yang sesuai.
~Ketahui minat kana-kanak tersebut.Gunakan medium yang mereka suka untuk menarik minat belajar.
~Sejak kecil lagi anak suka mendengar ibu bapa membaca buku cerita sebelum tidur.Apa kata baca dengan kuat sambil sekali sekala tunjukkan apa yang anda baca kepada mereka.Ini menimbulkan minat kepada apa yang anda baca.Tidak terhad kepada buku cerita, buku informasi pun boleh juga.
~Sekiranya mempunyai anak yang aktif dan sentiasa bergerak, gunakan CD atau games yang boleh dilakukan bersama.
~Lakukan semua aktiviti pembelajaran dalam keadaan yang menceriakan.
Tips Mudah
1.Berikan pujian dan galakkan.
2.Jangan mengkritik apabila melakukan kesalahan.Nasihati sambil menerangkan kesalahan tersebut.
3.Sediakan bahan bacaan yang di minati.
4.Sediakan ruang pembelajaran yang selesa.
5.Sediakan jadual pembelajaran di rumah.

Comments