Amalan Cegah Sakit Jantung

Sekarang ni kan banyak betul orang yang kena sakit jantung.Sakit jantung bukan sahaja boleh terkena kepada warga emas, bahkan remaja juga boleh dihingapi sakit jantung.Orang tua kata, mencegah lagi bagus daripada mengubati.Jom jengah apa boleh kita buat supaya terkena..

1)Kurangkan lah lemak yang tidak baik dan kolestrol.
-Cara terbaik ialah memilih makanan yang menggunakan kaedah memasak paling minimum minyak, mentega or shortening seperti merebus, stim dan memanggang.

2)Pilih lah protein yang rendah lemak.
-Protein paling bagus ialah ayam dan ikan.Bak kata orang tahu sains ni, pilihlah protein berwarna putih...Telur juga bagus kerana penuh dengan khasiat Omega-3 tapi makan jangan berlebihan.Lemak Omega-3 ni bagus untuk merendah lemak dalam darah.

3)Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
-Amalkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.Tapi dinasihatkan makan satu jam sebelum makan hidangan utama.Ini kerana sekiranya dimakan selepas hidangan utama, buah-buahan tersebut tidak dapat dihadamkan sepenuhnya.Asid terhasil daripada buah-buahan yang belum terhadam boleh menyebabkan perut sebu atau berangin.Ingat tu ye...Kulit pun akan cantik dan awet muda sekiranya mengamalkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu setiap hari...

4)Pilih makanan bijirin
-Bijirin kaya dengan fiber memainkan peranan mengawal tekanan jantung dan kesihatan jantung.Bijirin ni tak strict ambik dalam bentuk makanan sahaja ye..minuman pun boleh..macam cereal yang anda minum setiap pagi..but jgn lepas minum bijirin tu pergi makan nasi lemak satu pinggan penuh..memang apa pun tak boleh.....hehehehheeh...

5)Kurangkan perasa dalam makanan
-Banyak mengambil perasa dalam makanan akan meningkatkan tekanan darah tinggi sebagai risiko penyakit kardiovaskular.Kurangkan garam, kurangkan makanan dalam tin, makanan yang diproses dan makanan sejuk beku.

6)Amalan bersenam
-The keys for healthy life ialah bersenam.Bersenam boleh membuatkan jantung lebih sihat.Mulakan senaman yang ringkas dan tidak membebankan baru yang lebih heavy..Even berjalan dari satu tempat ke tempat lain di dalam pejabat juga adalah senaman ringkas.

Apa pun ..Selamat Mencuba..  :)




TU DIA JANTUNG YANG SIHAT..BERSINAR-SINAR...  :)



Comments

Unknown said…
kalo org jage pemakanan takkan ade pnyakit kronik cmtu kan?
betullah tu...lebih baik berjaga-jaga, Iffah..

Popular posts from this blog

Pantang Cara Orang Cina

KELEBIHAN SHAKLEE VITAMIN E

15 Perkara Tentang Lelaki