PEMAKANAN RAMBUT SIHAT

Belek punya belek rambut..kadang-kadang terfikir macam mana ye nak maintain rambut cantik..Selalunya ramai orang mempersoalkan atau cari tips nak kulit cantik, muka cantik..tapi rambut..selalu abaikan..muka cantik tapi rambut serabai..takut lah weh...Meh sini..baca ni .. tips rambut excellent...

1) Makan ikan salmon kerana kaya dengan Omega 3, Vitamin B-12 dan zat besi untuk kesihatan kulit kepala.Kalau zat-zat ni kurang dalam badan akan nampak kulit kepala tidak sihat dan ini juga membuatkan rambut kering ..Tak cunlah, kann..kan..

2)Sayur-sayuran hijau adalah sumber terbaik Vitamin A, C, Zat Besi dan Kalsium.Ia diperlukan untuk menghasilkan sebum iaitu minyak yang dihasilkan oleh folikel rambut.Ia berfungsi sebagai pelembab rambut secara semulajadi.

3) Kekacang juga bagus untuk mendapatkan rambut yang cantik berkilau.Badam mempunya asid lemak Omega-3 untuk melembabkan rambut.Kekacang lain juga merupakan sumber Zinc yang berupaya mengurangkan keguguran rambut.

4) Kenal kacang buncis?Ala..kacang yang panjang, warna hijau dan mahal tuuuu...haaa..tu lah..Kacang buncis mempunya protein yang membantu pertumbuhan rambut baru.Kalau kurang protein, rambut cepat rosak..

5) Bijirin
Roti gandum dan bijiran merupakan sarapan pagi yang sangat baik..Selain daripada merendahkan kolestrol , ianya juga mengandungi zat besi, zink dan Vitamin B untuk rambut yang cantik.

6)Telur
Suka sangat.kerana ianya sedap dan lembut..makan pepagi ..separuh mentah..pergh...Seperti yang diketahui, ianya penuh dengan protein yang berupaya memelihara kilauan rambut..


Cantikkan?...

Comments

Popular posts from this blog

Pantang Cara Orang Cina

KELEBIHAN SHAKLEE VITAMIN E

15 Perkara Tentang Lelaki