Bersihkan Tubuh Dari Racun Nikotin



Pss..apa buat tu???Merokok yek???Mesti byk nikotin dalam badan tu..pergh...Merokok ni sekarang bukan setakat lelaki, perempuan pun dah ramai yang merokok.

Tabiat merokok mendedahkan diri kepada racun yang masuk directly dalam badan..Bukan saja merbahaya kepada perokok tapi jugga sesiapa yang berada di sekelilingnya.

Karbon monoksida boleh merosakkan sel sihat dengan mencegah oksigen yang berperanan mengisi dan menyembuhkan, manakala tar yang menyeliputi paru-paru membuatkan golongan perokok terdedah kepada penyakit berkaitan pernafasan seperti emphysema dan bronkitis.

Okeylah..kalau korang dah berenti merokok ataupun dekat dengan perokok ni mesti nak bersihkan diri daripada nikotin pembunuh ni kan??Meh jenguk sini :-

1)Minum banyak air
-Detoksifikasi penting untuk membuang racun nikotin ni melalui sistem perkumuhan.

2)Makan makanan berserat
-Ia berfungsi untuk membersihkan perut dan sistem pencernaan.Nikotin melemahkan sistem perkumuhan yang bertangggungjawab menggeluarkan toksin berlebihan dalam tubuh.Mengambil serat  juga memungkinkan anda untuk memiliki gerakan usus rutin yang akan membersihkan sistem metabolisma tubuh.

3)Amal pola pemakanan yang baik
-Mempertahankan pola makanan yang sihat mengikut piramid pemakanan.(boleh rujuk entry sini) .Hindari ambil alkohol, soda, kafein dan makanan bergoreng.Mengambil gizi dan makanan yang kaya dengan antikosida akan membantu memperbaiki kerosakan sel yang di sebabkan oleh karbon monoksida di dalam rokok.

4)Latihan Pernafasan
-Menguatkan paru-paru dengan melakukan  latihan pernafasan setiap hari.Duduk di tempat yang nyaman dan tenang.Relaxkan diri, tarik nafas dalam-dalam menggunakan hidung dan hembuskan melalui mulut sekitar 5-10 minit.

Amacam???Boleh buat???Awesome  ...  hehehehehe...

Comments

Popular posts from this blog

Pantang Cara Orang Cina

KELEBIHAN SHAKLEE VITAMIN E

15 Perkara Tentang Lelaki