Perancang Kehamilan

Penat mengandung?Atau nak berenti kejap..nak bagi anak-anak yang ada besar sedikit sebelum penambahan ahli keluarga?Di sinilah pentingnya mengetahui jenis-jenis keluarga.Basicnya ada 2 jenis kaedah iaitu method yang ada hormon dan tanpa hormon.Jom jengggah ;

KAEDAH MENGANDUNGI HORMON

Pil Perancang Keluarga
-Ada 2 jenis pil iaitu sejenis yang mengandungi hormon estrogen dan progesteron manakala yang satu lagi mengandungi satu hormon saja iaiti progesteron.Pastikan ibu yang menyusu, kalau nak guna pil, tanya dulu jenis hormon.Gunakan pil yang mengunakan satu hormon saja (Cthnya : Noriday).Pil perancanng berkesan sekiranya dimakan sewaktu haid bermula setiap hari selama 21 hari dan berenti 7 hari di mana masa itu haid akan keluar.Penggambilan perlu setiap hari untuk memastikan paras hormon dalam badan konsisten bagi menggelakkan risiko mengandung.




Suntikan Hormon
-Suntikan antara kaedah yang sesuai untuk ibi-ibu yang menyusukan anak kerana menggunakan satu hormon je.Suntikan perlu di ambil setiap 3 bulan sekali.Kaedah ini sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk, berkerjaya atau sering terlupa untuk mengambil pil.Kesan sampingan yang minimun ialah kedatangan haid yang tidak tetap setiap bulan.



Implan
-Implan adalah kaedah yang keberkesanannya 99% bagi pencegahan kehamilan.Kaedah ini boleh digunakan sehingga 3 tahun dan kemudian perlu dikeluarkan.Sesuai untuk ibu yang menyusu kerana mengandungi satu jenis hormon saja.Kaedah ini ialah dengan memasukkan "stick implan" sekecik batang mancis ke lengan ibu.Untuk beberapa bulan pertama, kedatangan haid akan tidak tetap.




KAEDAH TANPA HORMON

Alat dalam rahim (IUD) - Multiload copper IUCD
-Kaedah perancang kehamilan yang boleh digunakan selama 3 tahun.Selepas tempoh tersebut perlu dikeluarkan.Selamat untuk ibu menyusu.Kitaran haid tidak terjejas.Tetapi setiap tahun IUD ini perlu di periksa supaya tidak berganjak dari tempatnya.Keberkesanan kaedah ini dalam 99.4%.



Kondom
-Paling di pilih untuk merancang kehamilan.Mudah didapati dan senang digunakan.Pengunaannya pada pihak suami.Sebelum digunakan check dulu tarikh luput atau sebarang kerosakan untuk memastikan kaedah ini berkesan.



Diafragma
-Sejenis kaedah halangan oleh golongan wanita di mana ia menutupi bahagia serviks.Kaedah ini kurang mendapat sambutan disebabkan kaedah penggunaannya.Wanita perlu memasukkan sendiri ke dalam faraj dan meletakkan di tempat yang betul.



Kalau macam Teratak, guna jamu tradisional.Selain daripada selamat, memantapkan badan dan dalaman tapi berkesan merancang keluarga.Nak tahu pasal jamu ni boleh check fb pages teratak ye..Teratak Zaffendi atau add Teratak Zurai.



So..Pilihlah kaedah yang terbaik untuk kesejahteraan berumahtangga..  :)

Comments

Nik said…
teringin nak mengandung :)
TeRatak ZaFenDi said…
nik rosmawati..inssya allah..nanti adalah rezeki..dah cuba Maakjun Anggun Bistari..bertindak memulihkan rahim..untuk persediaan untuk mengandung.. :)

Popular posts from this blog

Pantang Cara Orang Cina

KELEBIHAN SHAKLEE VITAMIN E

15 Perkara Tentang Lelaki