Pantang Cara Orang Cina

Eh..jangan tak tahu bangsa cina pun ada pantangnya tau.Persamaan yang ketara ialah pantang makanan "sejuk" dan amalan memakan makanan yang boleh memanaskan badan.

Seperti pantang melayu, ibu yang sedang berpantang juga tidak dibenarkan keluar rumah kerana dikuatiri terdedah dengan angin sejuk yang akan memberi penyakit.

Bangsa cina amat berpegang dengan "Yin" dan "Yang".Macam kepercayaan feng shui juga lah."Yin" dilihat sebagai pasif, gelap, feminin, sejuk dan negatif."Yang" pula ringan, aktif, maskulin, panas dan positif.

Ibu yang bersalin digolongkan dalan golongan "Yin".Untuk mengembalikan keseimbangan "Yin" dan "Yang" badan perlu panas dan elemen sejuk perlu dielakkan.Penyaman udara tidak dibenarkan.hatta kipas pun..Satu lagi yang Teratak rasa mesti rimas ialah mandi tidak dibenarkan sama sekali..pergh..berpeluh, ancem ketiak.hehehhe..Mereka akan menggunakan sejenis bedak untuk membersihkan rambut.Mereka hanya dibenarkan mandi pada hari yang ke 10.

Tempoh berpantang bagi org cina hanya 30 hari saja.diaorang ni juga amat mementingkan pengambilan herba-herba cina.Boleh dikatakan diaorang ni suka memberikan ibu yang sedang berpantang minum herba soup.Untuk memanaskan badan dan membuang angin.Satu lagi air yang boleh diminum hanya sup yang dibuat dari rebusan kurma merah.

Tips : Teratak dah cuba air rebusan kurma merah untuk memanaskan badan.Memang berkesan sekiranya ada ahli keluarga yang demam.Cuba bagi, inssya allah esoknya dah kebah.



Comments

nini said…
amboi...semua pasai pantang ni...=D

Popular posts from this blog

KELEBIHAN SHAKLEE VITAMIN E

15 Perkara Tentang Lelaki